Jerantut Off-Road... Journey To Middle Earth...

Filed under: by: Kangkung


Journey To Middle Earth... from Rash on Vimeo.

This is just the INTRO... More to come...!! View bigger frame here.

Kangkung Goes Off-Road...!!

Filed under: by: Kangkung
















Beberapa hari lepas buat julung kalinya kami telah menyertai satu expedisi menjejak air terjun baru di kawasan hutan Jerantut, Pahang. Ia melibatkan perjalanan dengan beberapa kenderaan pacuan 4 roda (4X4) yang mencabar. Selain itu kami juga turut meredah hutan tebal dalam keadaan musim hujan yang sedang melanda pantai timur.

Tugasan utama kami adalah merakam keindahan air terjun yang terdapat di hutan tersebut untuk diketengahkan kepada orang ramai bagi menjadikannya sebagai satu tarikan semulajadi yang unik di Daerah Jerantut. Ada banyak perkara menarik untuk dikongsikan sepanjang expedisi ini. Kami akan muatkan dalam posting berikutnya. Buat masa sekarang kami sedang membuat editing terhadap video-video yang telah dirakam di sana.

"Play Time..."

Filed under: by: Kangkung


"Do It Pro Style.." Digital Video Training Level 2 from Rash on Vimeo.

Location : Botanical Garden, Ayer Keroh, Melaka

Digital Video Training Level 2, Day 2...

Filed under: by: Kangkung


Hari ini adalah hari ke 2 Digital Video Training Level 2 - "Do It Pro Style..." kakitangan dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Semenanjung Malaysia- Pejabat Projek Melaka.

Peserta dibawa ke sekitar Botanikal  Garden di Ayer Keroh bagi menjalani dan merasai sendiri praktikal penggambaran video. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan masing-masing dibekalkan dengan peralatan penggambaran - kamera video, tripod, boom mic serta headphone. Walau diselang-seli dengan hujan renyai peserta tetap bersemangat menjalani sesi penggambaran. Pelbagai ragam dan gelagat tercetus akibat dari tindakan-tindakan spontan apabila pertama kali berada di lokasi penggambaran. Semua berpeluang mencuba peralatan dan menunjukkan bakat sebagai pengarah, cameraman, sound man dan penulis skrip. Malahan ada yang menjadi "CEO..."

Penggambaran berakhir pada jam 12.00 tengahari. Esok, hari ketiga peserta akan membuat editing terhadap video yang telah di'shoot' berdasarkan apa yang diajar dalam Training Level 1 - Beyond Basics....

Intel Inside....

Filed under: by: Kangkung


Selama tiga hari... 26 - 27 Oktober, seramai lapan kakitangan Intel Technology Sdn. Bhd, Pulau Pinang menjalani Digital Video Training di Nusa Media House. Julung-julung kali kami menerima peserta yang sanggup datang sejauh ini untuk mempelajari digital videografi. Ini sebenarnya merupakan satu penghargaan kepada kami yang tidak pernah menyangka menerima penyertaan istimewa ini.

Hari pertama peserta diajar asas video yang terdiri dari teori dan 'basic editing'. Hari kedua peserta mula didedahkan dengan teknik editing lanjutan yang turut melibatkan 'special effects' dan 'green screen technique'. Silibus telah dirangka khusus bagi memenuhi kehendak peserta yang mempunyai visi tersendiri selaras dengan kehendak syarikat mereka. Pada hari ketiga peserta diberikan peluang menghasilkan produksi mereka sendiri - bermula dari perancangan, menghasilkan skrip, shooting di lokasi, 'capture' video ke PC, membuat editing dan seterusnya mengeluarkan hasil akhir.

Sebenarnya syarikat mereka telah pun mempunyai peralatan produksi yang lengkap termasuklah kamera HDV dan peralatan sokongan seperti tripod dan spotlight. Masalah timbul apabila tiada kakitangan yang tahu mengendalikan peralatan tersebut. Objektif utama kedatangan mereka adalah untuk menguasai penggunaan peralatan videografi dan seterusnya membentuk satu team produksi yang baru. Untuk itu mereka telah membawa beberapa kamera video, dan kami turut berkesempatan mencuba dan sama-sama berkongsi ilmu. Terima kasih kepada Intel Technology dan semua peserta yang menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam.

Dibawah ini adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah mereka jalani.






Mac Is Back...

Filed under: by: Kangkung
















Setelah hampir dua minggu, kini Mac kami telah kembali. Amat bernasib baik kerana kerosakan adalah pada graphic card, dan bukannya hard disk seperti yang disangka. Sebenarnya kami telah dihubungi oleh dealer yang menguruskan penghantaran ke pusat servis beberapa hari yang lepas, tetapi kerana kesuntukan masa baru tengahari tadi berkesempatan mengambilnya. Setelah ditukar graphic card yang baru, kini alhamdulillah semuanya beroperasi seperti biasa.

I am Flying...!!!

Filed under: by: Kangkung


Really Flying... from Rash on Vimeo.

Menyelongkar kembali arkib tape-tape mini-DV yang terperap sekian dalam laci, kami terjumpa satu tape yang tertulis 'Alor Gajah Fly' di bahagian tajuknya. Ingatan terus kembali sekitar 2-3 tahun lepas dimana terdapat satu tugasan sekitar Alor Gajah. Tugasan tersebut memerlukan kami untuk membuat shooting dari udara menaiki pesawat kecil dipanggil "microlight". Sesungguhnya itulah pengalaman shooting yang paling menyeronokkan... pertama kali menaiki 'microlight' yang sangat kecil.. dua tempat duduk tanpa lantai. Langsung pandang terus ke bawah. Enjin dan kipasnya berada betul-betul di belakang kepala... jadi bayangkanlah betapa bising bunyinya sepanjang penerbangan.



Kami pun hairan bagaimana terus boleh membuat keputusan untuk terbang tanpa berfikir panjang. Tanpa sebarang aspek keselamatan selain dari talipinggang yang mengikat pinggang ke tempat duduk... kami boleh terbang dari Batu Berendam ke Pantai Kuala Linggi dalam keadaan angin yang agak kuat. Shooting menggunakan Canon XL1s yang agak berat dengan diikat hanya satu tali ke palang microlight.

Dalam berjalanan balik dari Kuala Linggi kami terpaksa mendarat di A-Famosa Resort disebabkan angin yang semakin kencang... dan balik ke Batu Berendam melalui jalanraya. Memang pengalaman yang mengujakan... Setelah itu kami mula dijangkiti "sindrom terbang" yang membawa kepada beberapa kali penerbangan berikutnya....

Jengka...

Filed under: by: Kangkung
















Semalam dengan jarak perjalanan lebih 700 km kami ke Bandar Jengka, Pahang atas satu tugasan singkat - yang mengambil masa tidak sampai pun setengah jam. Namun ia adalah sebahagian dari skop yang terpaksa dimasukkan kedalam output akhir nanti. Jarak perjalanan bertambah kerana kesilapan kami tidak melakukan sedikit 'homework' terlebih dahulu dalam menentukan laluan. Tambahan pula 'GPS' yang dikendalikan oleh co-pilot terlalu canggih sehingga gagal mengesan lokasi yang dituju. Bagaimanapun kami selamat sampai ke destinasi - Felda Residence Tekam pada jam 3.30 petang dimana acara berkenaan sedang rancak berlangsung. Selesai menjalankan tugasan kami bertolak balik melalui LPT ke KL, dan seterusnya Lebuhraya Utara Selatan menuju Melaka.

Dalam perjalanan balik fikiran kami cuba-cuba membayangkan tugasan seterusnya yang bakal penuh dengan cabaran. Iaitu satu ekspedisi mengesan lokasi air terjun yang baru ditemui di daerah Jerantut yang dikenali sebagi The Lost Waterfall.... Dari maklumat awal yang diperolehi perjalanannya memerlukan menaiki pacuan 4 roda (4WD) beberapa jam dan berjalan kaki meredah hutan selama....... 3 JAM..!!

Foto di bawah adalah air terjun yang dimaksudkan...

Digital Video Training - Beyond Basics... Day 2

Filed under: , , by: Kangkung


Hari ini adalah hari terakhir Digital Video Training - Beyond Basics. Kesemua 20 peserta berjaya menyiapkan video masing-masing dengan pelbagai gaya dan kreativiti. Objektif utamanya berjaya dicapai dimana peserta dapat menguasai teknik editing asas yang menggabungkan video, muzik latar, kesan bunyi serta elemen text. Malahan ada sesetengah menjangkau ke 'special effects'. Sebahagian dari mereka pada asalnya datang dengan 'zero knowledge' dalam videografi. Semangat dan minat mendalam semua peserta sangat mengujakan kami... ramai yang tidak sabar untuk menyambung workshop ini ke Level 2 - 'Do It Pro Style...'. Manakala kami sedang merangka-rangka apakah program yang sesuai untuk level 2 nanti... kerana mereka menjangkakan akan ada 'special outing'.... tapi di mana ya...??

Canon EOS 7D Price...

Filed under: by: Kangkung

















I need this DSLR badly...haha..!! But where is the money..??...huhu...