Monday, February 13, 2012

"The CODE" Trailer...??



Jumaat yang lepas kami ke Bandar Hilir, Melaka untuk meninjau dan membuat 'location scout' untuk short movie yang akan datang (tak tahu bila...). Tinjauan kami adalah di sekitar Kota A Famosa dan Gereja St. Paul di bahagian atas bukit. Sebenarnya tiada idea yang solid lagipun untuk short movie ini... tetapi memandangkan ianya telah lama sangat terbantut maka kami kuatkan juga langkah pertama ini. Tambahan pula buat sementara waktu ini ada dua orang pelajar praktikal yang membantu...

Kawasan sekitar Bukit St. Paul sangat kaya dengan elemen sejarah unik sepatutnya boleh dieksploitasi dengan cara yang kreatif untuk pembikinan filem atau video. Tidak semestinya filem yang berunsurkan sejarah... Jika diperhatikan banyak filem-filem Hollywood yang telah menggunakan kawasan-kawasan warisan sejarah sebagai latar belakang penggambaran... Contohnya James Bond - Casino Royale yang menggunakan Venice sebagai lokasinya.

Zon Warisan di Bandar Hilir, Melaka juga mempunyai nilai warisan yang tersendiri terutamanya dari segi visual. Tinggal lagi bagaimana ianya mahu diekploitasikan... Tidak perlu menunggu Hollywood atau Bollywood untuk datang ke sini... Dengan kelengkapan asas terutama DSLR sahaja sudah memadai...

Video di atas hanyalah testing sahaja... sambil-sambil meninjau kami terus membuat shooting bagi melihat hasilnya dalam komputer. Heronya pun bidan terjun... pakai selipar jepun saja..


Update 1...


Kami sedang membuat sedikit tambahan kepada 'Trailer' diatas... memasukkan scene explosion di pintu masuk utama Menara Taming Sari... Video klip akan dimuatnaik kemudian...
Permulaan kepada kepada panik dan huru-hara besar...Awas..!!
















Update 2...

Ini adalah update kepada "The Code" Trailer sebelumnya...


No comments:

Post a Comment