Tuesday, January 31, 2012

Act Of Valor... From DSLR To Big Screen



'Act of Valor' adalah sebuah filem mengisahkan sekitar tugasan dan misi pasukan Navy Seals Amerika, bakal ditayangkan pada Februari 2012. Bukan kehebatan (atau propaganda) Navy Seals yang ingin diperkatakan.. tetapi proses pembikinan filemnya atau lebih tepatnya 'shooting' - penggambaran. Penggambaran filem ini telah menggunakan (atau hampir) sepenuhnya kamera DSLR Canon 5D yang telah di 'modify' dengan menggunakan lens Ziess dan Panavision. Ini membuktikan keupayaan sebenar DSLR apabila ianya berada di tangan mereka yang benar-benar tahu menggunakannya.

Antara yang menarik adalah semasa penggambaran mereka menggunakan peluru hidup (real bullet) bagi mendapat kesan yang benar-benar mantap... Klip-klip berikut mungkin boleh membuka lembaran baru bagi anda yang mula berjinak-jinak dengan Video menggunakan DSLR...



No comments:

Post a Comment