Friday, January 27, 2012

EAGLE 1 Trailer



Ini adalah 'Trailer' bagi video Latihan Kecemasan bagi sebuah syarikat pemprosesan gas asli yang telah dijalankan penghujung 2011. Latihan ini sebenarnya dilakukan secara simulasi 'Table-Top' sahaja, dimana semua mereka yang terlibat yang terdiri dari pihak berkuasa keselamatan ditempatkan di dalam dewan serta bilik-bilik tertentu yang disimulasikan sebagai zon petaka, pos kawalan hadapan, pusat kawalan operasi dan sebagainya.

Objektifnya adalah bagi menilai tahap kesediaan semua pihak terlibat dalam menghadapi bencana besar yang mungkin berlaku. Penekanan adalah kepada komunikasi dan kerjasama antara agensi terlibat serta kreativiti dalam menjalankan operasi menyelamat.

Tugas kami adalah membuat rakaman di setiap 'lokasi' serta menyalurkannya kembali ke semua skrin yang telah ditetapkan bedasarkan kepada interaktiviti dan komunikasi antara mereka. Live preview menggunakan beberapa kamera video yang dihubungkan menerusi switcher.

Dua kamera DSLR Canon 7D digunakan sebagai 'offline camera' untuk rakaman bagi tujuan pembikinan video akhir dalam bentuk 'movie-style'. Masing-masing menggunakan lens berbeza : Tele 70 - 200mm dan Wide 15 - 85mm.

Memandangkan ini adalah latihan yang dibuat secara 'indoor' kami telah diminta menyediakan beberapa siri 'special effects' yang melibatkan letupan dan kebakaran supaya 'mood' dan minat peserta dapat dibangkitkan. Video-video ini telah ditayangkan pada skrin berdasarkan kepada urutan kejadian yang telah disusun sebelumnya.


Behind The Scene...
Update... Imej belakang tabir semasa Eagle 1 Exercise. Suasana yang agak kelam kabut dan krew yang terhad membataskan kerja-kerja belakang tabir. 4 online videoman, 1 offline, 1 switcher...

















Photo Credit : Alfia

No comments:

Post a Comment