Friday, January 20, 2012

Merlin & 7D...

Selamat bertemu kembali setelah sekian lama blog ini sunyi sepi tanpa sebarang entry... Sebenarnya banyak perkembangan yang berlaku tetapi terasa berat untuk membuat update... walaupun hampir setiap hari menghadap komputer...

Terbaru... adalah video hasil dari Canon 7D yang di 'terbangkan' bersama 'handheld video stabilizer - Merlin Steadicam' daripada Tiffen. Sebenarnya Merlin ini telah lama dibeli tetapi akibat dari kegagalan untuk mendapatkan 'perfect balance' maka kami biarkan ia tersadai di atas rak hampir setahun. Sehinggalah kedatangan dua orang 'trainee' dari sebuah kolej di Rembau, N9 yang ingin mencuba-cuba seni 'stabilizing' barulah kami luangkan masa untuk kembali bermain-main dengannya.

Salah seorang dari mereka menggunakan satu jenama baru 'Motion Pro' yang dikatakan 'Made in Malaysia'. Untuk maklumat lanjut boleh ke http://motionprostabilizer.blogspot.com/ .

No comments:

Post a Comment