Thursday, March 1, 2012

Sweet 7D In The Park...

Beberapa langkah sahaja ke seberang jalan dari studio kami adalah sebuah taman hijau yang agak cantik dan menarik. Ianya dilengkapi dengan peralatan permainan kanak-kanak serta beberapa binaan seperti gazebo dan bangku untuk berehat. Pohon serta lanskapnya telahpun matang dan rendang menghijau. Tetapi mungkin disebabkan sudah terlalu biasa, malahan setiap hari hampir 5-6 kali melintasi taman ini, kecantikan dan keunikannnya sudah tidak terpandang lagi... Sehinggalah kelmarin semasa menemani Aishah membeli aiskrim di kedai runcit berhampiran, tergerak hati untuk mencuba beberapa 'angle' di sekitar binaan arca bulat di taman tersebut...

Tetapi agak sayang kerana sebaik sahaja bermula rintik-rintik hujan mula turun.. jadi kami terpaksa bergegas ke wakaf berhampiran untuk berlindung. 'Shooting mood' juga berubah... dari 'landscape' kepada 'portrait' mode...

2 comments:

  1. Salam Yob,
    Pe kabor?
    Komen Yob kat blog akak semalam buat akak gelak. Guna zoom amende, akak amik gambar guna handphone jer Yob. Ahhh entry ari ni real punya anak dara, tak tipu!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum en. Kangkungpro,

    Saya datang dari www.babaismailsepanjang.blogspot.com ... Saya nak jual cd kuliah Baitul Qurro yang en. Kangkungpro produce

    Sila hubungi saya 0174866883. Terima kasih

    ReplyDelete