Tuesday, June 15, 2010

Edit On The Move...


Akhirnya... "On-site editing" menjadi kenyataan... KeupayaanMacBook Pro memang benar-benar mengkagumkan. Sebelum ini jika ada sebarang on-site presentation semuanya perlu disiapkan sebelum bertolak lagi. Jika ada sebarang perubahan pada saat-saat akhir sudah tentu ianya satu yang mustahil untuk penuhi. Video editing menggunakan Windows-based laptop pula benar-benar pengalaman yang  mengecewakan... walaupun hanya dengan SD video, belum HD lagi...

Dengan pakej Final Cut Studio 2, segala data disimpan didalam Western Digital External Hard Disk 2Tb, connection menerusi FireWire 800, keupayaan processing hampir tiada beza dengan MacPro desktop. Cuma skrinnya sedikit terhad apabila kami sudah terbiasa dengan saiz 23 inci.

Posting kali ini di'upload' dari bilik penginapan di Jerantut sambil-sambil membuat editing terhadap video yang di'capture' petang tadi di sekitar Bandar Jerantut. Imej di atas adalah setup MacBook Pro berserta WD External HDD. Bersebelahan adalah siaran langsung FIFA World Cup antara Portugal dan Cote di Voire.

No comments:

Post a Comment