Monday, May 31, 2010

Mimpi Adalah Kenyataan...




1453 TRAILER from Göksel Beydilli on Vimeo.

1453 adalah tahun runtuhnya penguasaan Byzantium keatas Constantinople di tangan Sultan Muhammad Al-Fatih atau 'The Conquerer'. Beliau dan bala tenteranya pernah disifatkan oleh Nabi S.A.W sebagai pemerintah dan bala tentera terbaik..!!

Tidak diketahui samada trailer di atas merupakan yang asli atau hasil kompilasi dari pelbagai sumber berlainan. Walau bagaimanapun ianya berjaya menyampaikan mesej dengan sangat mengesankan... Tambahan dalam keadaan serangan propaganda negatif yang amat hebat sekarang ini. Tidak dapat tidak apa yang dipaparkan ini sedikit sebanyak membangkit emosi dan semangat... Sekarang anda faham nilai animasi dan 'special effects (audio & visual...)'...

Inilah mimpi kami suatu ketika dahulu... membangunkan kembali Empayar Melayu Islam Melaka menerusi perspektif  sebenar dengan pelbagai 'effects' dan teknik animasi 3D... Tetapi seperti tidak kesampaian... Masa berlalu pantas... Tidak mengapalah... sekurang-kurangnya mimpi Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi kenyataan...

No comments:

Post a Comment