Friday, July 16, 2010

"Siri Pembebasan Minda" Siri 1...





























"Siri Pembebasan Minda - Siri 1" telah disiapkan... Sebagai pengenalan ianya adalah Video DVD yang memuatkan huraian berkaitan Dajjal Al-Masih Palsu oleh Sheikh Imran Hosein.

Sila maklum bahawa sebahagian bahan dalam DVD ini dikumpulkan dari pelbagai sumber termasuk internet dan buku-buku ilmiah. Ia BUKAN hasil asli kami... Bagaimanapun kami telah mengambil inisiatif membuat terjemahan, 'compilation', 're-editing', memasukkan 'special effects' serta grafik bagi menjana daya tarikan dan minat audien.

Kenapa siri ini dihasilkan...?


  1. Jika anda membaca posting sebelum ini... ia adalah atas dasar kesedaran bahawa dunia sudah berada di fasa akhirnya... Saat-saat yang yang telah diberikan amaran telah berlaku kecuali dua tiga perkara sahaja lagi... yang tidak lama lagi turut akan berlaku samada kita inginkannya atau tidak...
  2. Sheikh Imran Hosein adalah salah seorang ulamak moden hari ini yang telah menjalankan penyelidikan secara mendalam dan komprehensif terhadap peringatan tentang akhir zaman. Beliau mempunyai keupayaan yang istimewa dalam mentafsirkan peringatan dan amaran tersebut. Lantas mengaitkannya bertepatan dengan senario dunia yang kita lalui hari ini.
  3. Ia adalah satu perspektif yang MUNGKIN sangat berbeza dari apa yang pernah anda dengar sebelum ini... Adalah satu kerugian jika kita terlepas dari memahami apa yang disampaikannya...
  4. Siri 1 ini akan membuatkan anda faham sejelas-jelasnya akan isu Palestin... Kenapa Yahudi terlalu bersangatan dalam permusuhannya dengan rakyat Palestin... Malahan seluruh dunia turut dihalang dari membantu... Anda tidak akan hairan sekiranya selepas ini sesuatu yang tidak pernah dibayangkan berlaku di sekitar Palestin dan dunia Arab...
  5. Sebagai persediaan mental dan fizikal dalam menempuh saat-saat yang pernah diberi amaran oleh SESEORANG...
Amaran : 

Minda anda terhadap senario hari ini tidak akan sama lagi setelah anda menghabiskan Siri Pembebasan Minda - Siri 1 ini...!!

Nota : Bahagian-bahagian asal dari video ini memang banyak terdapat di internet. Kami cuma menjadikannya lebih mudah dan menarik untuk anda...

3 comments: