Tuesday, October 6, 2009

Live Shooting..??



Pagi tadi kami ke sebuah syarikat penapisan minyak di Sungai Udang, untuk tugasan 'video coverage' bagi satu majlis 'open day' salah satu jabatan utamanya. Kami difahamkan bahawa syarikat tersebut memang telah mempunyai beberapa videoman yang berkebolehan, bagaimanapun mereka tetap meminta kami datang untuk membantu di beberapa bahagian.

Sebaik sampai kami dibawa ke bilik kawalan di tingkat 1. Rupanya mereka ada membuat live coverage - multi camera shooting. Walaupun hanya menggunakan 2 kamera, ini merupakan pendedahan baru bagi kami yang tidak pernah terlibat secara dekat terutamanya berkenaan penggunaan 'switcher'. Apa yang menarik adalah satu dari kameranya dilengkapi dengan 'wireless transmitter'. Wireless transmitter ini berfungsi untuk menghantar signal video ke bilik kawalan tanpa menggunakan kabel. Jadi videoman bloeh bergerak bebas tanpa risaukan kabel yang menjadi penghalang. Kami diberi peluang untuk mencuba 'wireless transmitter' tersebut dan membuat coverage di sekitar dalam dan luar dewan. Imej di atas menunjukkan transmitter tesebut yang dipasang ke hotshoe dan disambung ke sambungan video. Ia beroperasi menggunakan bateri 12V.


No comments:

Post a Comment