Monday, October 5, 2009

Interview...



Semalam kami menyambung tugasan di Tourist Information Centre, Bandar Hilir, Melaka. Sehari sebelumnya hujan yang turun telah mengendalakan program tersebut. Tugasannya adalah menemubual beberapa pengunjung TIC berhubung pendapat mereka berkenaan penyediaan kemudahan tersebut. TIC itu juga menyediakan sebuah surau di bahagian atasnya, dikenali dengan nama Surau Warisan Dunia bersempena lokasinya di tengah-tengah zon warisan sejarah.

Dua sesi interview yang perlu dijalankan... pertama, pendapat pelancong asing berkenaan TIC itu sendiri... kedua, pengguna-pengguna surau samada orang tempatan atau dari luar. Kami tiba di sana lebih kurang 3.00 petang. Hanya dua tiga orang pelancong asing sahaja yang masuk ke bahagian kaunter penerangan. Dari keadaan rupa mereka sebahagian besar mungkin dari China, Taiwan atau Korea. Kami diarahkan untuk menumpukan kepada pelancong dari Europe. Malangnya hanya seorang sahaja yang sudi diinterview... dari Jerman. Itupun jawapannya sangat ringkas dan tidak menepati apa yang dihajati... mungkin kerana sedikit kecewa kerana pamplet dan peta Melaka yang dicarinya telah kehabisan. Antara jawapannya..."...the information caunter is not so helpful..." Nasib la... Sementara seorang lagi awal-awal lagi telah memberi amaran "No picture...!! No picture...!!"
















Kebetulan setelah solat Asar terdapat beberapa orang jemaah turun dari surau tersebut. Kami mengambil peluang menemubual beberapa orang dari mereka. Turut bersama adalah seorang rakan yang mencuba kamera barunya Canon EOS 450D... Setelah beberapa lama berlegar di situ kami beredar ke gerai di tepi Sungai Melaka. Sambil menikmati goreng pisang dan keropok lekor, kami berborak panjang. Topiknya...? Video...? Bukan... Kamera SLR...? Bukan... Politik...? Pun bukan... Topiknya... Kemunculan DAJJAL...!! Huhu...

No comments:

Post a Comment