Wednesday, October 7, 2009

Editing TIC...



Petang semalam kami menyambung tugasan di Tourist Information Centre, Bandar Hilir, Melaka. Tumpuan adalah di bahagian dalam bangunan terutamanya di bahagian kaunter. Kerana kesuntukan masa kami hanya menggunakan Canon XL1s yang lebih mudah dikendalikan berbanding Canon HV30/Letus System. Hasrat untuk terus menemubual pelancong dari Eropah tidak kesampaian kerana tidak ada yang masuk ke dalam TIC tersebut. Ada satu keluarga yang masuk ke kaunter tetapi berbetulan pula dengan laungan azan asar dari surau di tingkat atas. Sebaik habis azan mereka pun berlalu keluar. Itulah bukan rezeki namanya...

Malamnya kami membuat editing untuk persediaan perbincangan dengan klien pada paginya. Dan di bawah ini adalah bahagian intronya... Video penuh akan di upload setelah serahan rasmi kepada klien...


Melaka Tourist Information Centre from Rash on Vimeo.

No comments:

Post a Comment