Wednesday, August 4, 2010

Wireless Mic System...


















Kami baru menerima Azden WMS-PRO Wireless Mic System. Ianya adalah satu set sistem mikrofon tanpa wayar (wireless) untuk digunakan bersama dengan kamera video atau DSLR... menggantikan 'built in mic' dan juga 'wired system' sebelum ini. 'Wireless mic' sesuai digunakan untuk sesi interview dan juga 'hosting' dimana 'talent' mungkin berada jauh dari kamera dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi semasa rakaman sedang dijalankan. Situasi ini sukar untuk ditangani oleh 'wired mic' disebabkan oleh halangan kabelnya. Manakala 'built-in mic' pula tidak memberikan kualiti yang begitu baik... lebih-lebih lagi untuk video yang dihasilkan untuk tujuan profesional.

WMS-PRO bukanlah sistem 'hi-end' tetapi popular disebabkan oleh perbandingan harga-kualiti. Sistemnya terdiri dari Lapel Mic, Handheld Mic, Transmitter dan Receiver. Menggunakan betri 9v. Kami membelinya berdasarkan review dan rating yang diberikan 4.5 / 5 oleh 35 pengguna. Kami belum sempat untuk mencubanya secara intensif.

No comments:

Post a Comment