Thursday, August 12, 2010

Really Flying II


Dalam "Really Flying I" kami terbang menggunakan pesawat ringan 'Twin-seater Microlight'... Kali ini menggunakan helikopter pula. Tugasannya... membuat 'sunset & sunrise aerial shooting' untuk satu syarikat di Melaka. Satu tugas yang menarik dan mustahil untuk ditolak..!!

Kami telah mempunyai pengalaman beberapa kali membuat 'aerial shooting' dari Microlight, tetapi pengalaman dengan helikopter adalah agak berbeza. Jadi persiapan peralatan adalah kritikal kerana tugasannya agak 'high profile'. Disebabkan 'shooting time frame' adalah sekitar senja dan subuh, maka kami memilih untuk membawa naik DSLR Canon 7D. Selain ianya kecil dan mudah dikendalikan... setting ISO, shutter dan apperture akan banyak membantu dalam keadaan cahaya rendah.



Canon 7D dipasang kepada 'Redrock Micro Cage' yang telah diubahsuai. Ini bagi memberikan sedikit kestabilan kepada kamera dengan membolehkannya diletak ke bahu. 'Hand held shoot' tanpa sebarang bantuan 'stabilizer' adalah hampir mustahil untuk shooting dari atas heli. Ini kerana gegarannya adalah sangat kuat... daripada kipas, enjin dan juga angin yang menerpa ke pintu yang terbuka luas... ini kerana daun pintu sememangnya telah ditanggalkan.



Shooting pertama bermula jam 6.30 petang. Empat termasuk pilot di atas heli. Hanya kami yang membuat video shooting... seorang untuk 'still photo' dan sorang lagi wakil dari agensi kerajaan sebagai pemantau duduk di sebelah pilot. Untuk mendapat view terbaik kami terpaksa duduk di lantai heli dengan dua kaki terjuntai ke bawah (foto menunjukkan kedudukan sebelumnya). Untuk itu kami memakai 'harness' bagi menghalang dari terjatuh atau tercampak semasa 'maneuvering'.



Sebaik saja enjin dihidupkan gegarannya sudah terasa... dan apa yang dirisaukan adalah cabaran semasa di udara. Keadaan langit mendung langsung tidak menampakkan 'sunset'. Objektif 'sunset' petang tersebut gagal... Lalu kami menumpukan sepenuhnya kepada 'aerial view' dari pelbagai sudut yang mengizinkan. Semasa di udara gegaran semakin bertambah semasa terbang melawan angin... ditambah dengan tujahan dari kipas... Ini cukup merisaukan... lebih-lebih lagi apabila kesan gegaran tersebut jelas kelihatan di LCD... Kamera bukan sekadar bergegar.. tetapi bergetar..!! Satu ketika kami terbang hampir 10 km ke tengah laut bagi mendapat shot yang diarahkan. Pilot memang seorang yang berpengalaman. Beliau telah banyak terlibat dengan pembikinan filem pada peringkat internasional... Cakap sahaja sudut mana yang diperlukan, mudah sahaja bagi beliau.

Jam 7.30 petang kami masih di udara... untuk misi terakhir.. view kawasan tapak 'bermandikan' cahaya..!! Hampir gelap sepenuhnya... Setting ISO dan apperture terpaksa memainkan peranan.. tetapi perlu berhati-hati supaya tidak sampai 'blurry..'.

Sebaik mendarat 8.00 malam kami terus preview shot yang telah diambil. Agak mengejutkan kerana shot-shot tersebut tidaklah bergegar seteruk yang dijangkakan... Sesetengahnya sangat stabil. Tidak syak lagi ianya adalah berpunca dari IS Lens - 'Image Stbilizer'. Dalam keadaan biasa kita mungkin tidak begitu menyedari peranan dan sumbangannya... tetapi dari pengalaman 'gegar' kami kali ini fungsi 'Image Stabilizer' benar-benar menyelamatkan keadaan....



Keesokannya kami akan terbang sekali lagi untuk 'sunrise shot'. Harapnya matahari akan muncul di kaki langit tanpa awan tebal...

**Kredit Foto : Tibet

No comments:

Post a Comment