Thursday, May 27, 2010

Real Gentlemen's Job III... VLCC Special Task


























Beberapa hari lepas kami dikejutkan dengan satu tawaran tugasan yang mungkin hanya sekali seumur hidup... membuat penggambaran dia atas VLCC. Anda tahu VLCC...?? "Very Large Crude Carrier". Kapal tangki pengangkut bahan petroleum (diantara) terbesar di dunia... Panjangnya lebih 3 kali padang bolasepak..!! Peluang yang tak mungkin dilepaskan...!! Tetapi agak malang kerana penggambaran terpaksa dilakukan pada waktu malam (Menjelang subuh sebenarnya..)

Jam 10pm kami bertolak dari jeti, mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke VLCC yang berada di tengah Selat Melaka. Ianya tidak dapat berlabuh di jeti disebabkan oleh saiznya yang sangat besar melampaui standard kapal tangki biasa. Minyak terpaksa disalurkan melalui paip dasar laut yang telah disediakan. Objektif penggambaran adalah untuk membuat rakaman terhadap kerja-kerja penyambungan paip tersebut.

Sementara menunggu prosedur berkaitan berjalan kami sempat meninjau (dan tertidur...) menara kawalan kapten di bahagian atas. Paling mengujakan apabila mendapat tahu kapal tersebut baru saja dilancarkan Februari 2010... dan ini ini merupakan pelayarannya yang kedua. Suasana dalamannya tak ubah seperti sebuah hotel yang sangat selesa dan bersih. Kami sempat juga berehat di kabin rehat krew menonton cerita Steven Siegal (lupa tajuknya...) di 'flat screen'.

Sebenarnya ini adalah zon larangan ketat yang memerlukan izin khas dari pemilik kapal. Setelah semua prosedur selesai kira-kira jam 3 pagi barulah kami memulakan penggambaran selama 2 jam. Aktiviti hanya bertumpu di bahagian tengah kapal, berhampiran kren utama yang menarik naik hos dari pemukaan laut.

Penggambaran berakhir jam 4 pagi dan kami belayar balik ke jeti dengan bot tunda jam 5.30 pagi untuk memulakan tidur yang tertangguh....

4 comments:

  1. sepatutnya tdo jer kt kapal tue..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. wooo.... bestnye.... xajak pung....

    ReplyDelete
  3. memang plan nak ajak satu team... tapi limit sorang je bro.. sori yek.. len kali..

    ReplyDelete