Monday, October 5, 2009

Shoot Full HD Video dengan Canon 7D



Sebelum ini dunia Digital Video digemparkan dengan Canon EOS 5D MKII yang mampu merakam Full High Definition (HD) Video yang menggunakan pelbagai lens SLR yang artistik... kini Canon memperkenalkan model terbaru yang 'Full HD Video capable' - Canon EOS 7D.

Saya bukanlah pro dalam dalam fotografi... tetapi apabila kameranya turut berkemampuan merakam video, malahan dalam keadaan yang jauh lebih cantik dan mudah daripada kamera video yang kami miliki sekarang, mahu tidak mahu ianya turut mengundang minat dan rasa tercabar...

Semasa Canon EOS 5D Mark II dilancarkan saya tidaklah ambil pusing sangat kerana mengenangkan harganya yang agak tinggi... sekitar RM12k lebih... walaupun saya memang sangat teruja dengan kualiti dan seni videonya.

Kini Canon EOS 7D dengan harga sekitar RM6,500 memberikan satu ruang kepada peminat video artistik atau 'film look video'.  Saya tidak begitu arif dalam bidang fotografi (walaupun ada memiliki EOS 350D...) jadi saya tidak berhasrat untuk mengulas berkenaan EOS 7D... bagaimanapun saya sangat berminat dengan keupayaan videonya... Dibawah ini adalah contoh kualiti video yang di shoot menggunakan EOS 7D...


2 comments:

  1. Hi there..

    Recently, di India saya berpeluang guna this camera Canon G10. dalam 14 MP. sambil rakam gambar, dapat jugak rakam video dengan kualiti yg baik.. boleh review pasal Canon G10. dengar cerita dari our IFSAH official cameraman dah ada CanonG11. by the way, dia beli this Canon G10 from Thailand, price dalam RM1,500

    kalau tak silap.
    kualiti video ok jugak.. what do you think bro Rashid?

    ReplyDelete
  2. G10 adalah compact camera. Dengan hanya resolution 640x480 ianya bukan perbandingan yg wajar untuk DSLR Eos 5D atau 7D. Bagaimanapun dengan format .mov ianya adalah satu kelebihan dalam kelasnya.
    Kalu ada movienya esp. dari India nak juga tengok...

    ReplyDelete