Saturday, October 31, 2009

Intel Inside....


Selama tiga hari... 26 - 27 Oktober, seramai lapan kakitangan Intel Technology Sdn. Bhd, Pulau Pinang menjalani Digital Video Training di Nusa Media House. Julung-julung kali kami menerima peserta yang sanggup datang sejauh ini untuk mempelajari digital videografi. Ini sebenarnya merupakan satu penghargaan kepada kami yang tidak pernah menyangka menerima penyertaan istimewa ini.

Hari pertama peserta diajar asas video yang terdiri dari teori dan 'basic editing'. Hari kedua peserta mula didedahkan dengan teknik editing lanjutan yang turut melibatkan 'special effects' dan 'green screen technique'. Silibus telah dirangka khusus bagi memenuhi kehendak peserta yang mempunyai visi tersendiri selaras dengan kehendak syarikat mereka. Pada hari ketiga peserta diberikan peluang menghasilkan produksi mereka sendiri - bermula dari perancangan, menghasilkan skrip, shooting di lokasi, 'capture' video ke PC, membuat editing dan seterusnya mengeluarkan hasil akhir.

Sebenarnya syarikat mereka telah pun mempunyai peralatan produksi yang lengkap termasuklah kamera HDV dan peralatan sokongan seperti tripod dan spotlight. Masalah timbul apabila tiada kakitangan yang tahu mengendalikan peralatan tersebut. Objektif utama kedatangan mereka adalah untuk menguasai penggunaan peralatan videografi dan seterusnya membentuk satu team produksi yang baru. Untuk itu mereka telah membawa beberapa kamera video, dan kami turut berkesempatan mencuba dan sama-sama berkongsi ilmu. Terima kasih kepada Intel Technology dan semua peserta yang menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam.

Dibawah ini adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah mereka jalani.






1 comment:

  1. fuhhh...slamat...kalo x,apple kene ganti durian lak kot...hehehehe...

    ReplyDelete