Thursday, October 15, 2009

Aduhai Mac Pro...


Baru setahun... sebaik habis tempoh 'warranty'... diluar jangkaan... Apple Mac Pro terbukti tidaklah se'reliable' yang dicanangkan. Mungkin ianya satu dalam seribu... tetapi yang 'satu' itulah terkena pada kami. Itulah takdir namanya... Beberapa hari lepas, sebaik sahaja menekan butang 'on'.. kami perasan terdapat sedikit kelainan pada signal bunyinya... seterusnya langsung tiada display di kedua-dua skrin.

Setelah beberapa kali mencuba dan diagnosis asas dijalankan namun hasil tetap sama. Kami mengambil keputusan menghubungi supplier dimana Mac tersebut dibeli. Dipendekkan cerita Mac kami sekarang berada di Service Centre, KL. Masih belum diketahui apa masalahnya... dan kami berharap ianya bukanlah berpunca dari hard-disk. Nasib baik tiada tugasan yang benar-benar mendesak selain daripada TIC yang dinyatakan dalam posting sebelum ini. Video TIC telah pun 90% siap di dalam Mac tersebut. Disebabkan masalah tersebut, kami terpaksa berhempas pulas memulakan dan menyiapkan dari 'A' sampai 'Z' di PC menggunakan Pinnacle Studio sahaja....

2 comments: