Tuesday, October 20, 2009

Training Week...


Bermula minggu ini jadual kami akan berubah . Ini disebabkan oleh sesi workshop telah bermula. Dan ianya berurutan sehingga ke minggu kedua November. Permintaan untuk mengadakan workshop Digital Video ini telah disuarakan sejak beberapa lama tetapi memandangkan tugasan luar yang tak kunjung putus menyebabkan ianya selalu tertangguh.
Kali ini ianya tidak dapat dielakkan lagi. Walaupun dalam keadaan kelam-kabut dengan beberapa tugasan yang agak 'mendesak' kami terpaksa akur dengan tarikh yang telah ditetapkan. Hari ini bermula "Digital Video Training Level 1 - Beyond Basics" bagi sebuah jabatan kerajaan. Dengan sejumlah 20 peserta, workshop terpaksa diadakan di lokasi yang lebih selesa. Selesai hari pertama semuanya berjalan lancar dan mencapai objektif yang digariskan. Semua peserta menunjukkan minat yang tinggi terutama setelah masing-masing mula menguasai editing software dan melihat hasil pertama mereka. Perkara utama yang ditekankan selain daripada aspek teknikal adalah berkaitan 'knowledge' berkaitan videografi. Pada sebelah pagi perserta didedahkan dengan pelbagai maklumat yang sebelumnya agak sukar diperolehi dan difahami.
Selain workshop ini terdapat dua lagi sesi latihan yang akan menyusul. Kami berharap masih mempunyai cukup 'suara' untuk bercakap. Bayangkan... 20 peserta pada masa yang sama sedang berseronok dan khusyuk dengan 'background music' dan 'sound effect' masing-masing... Otak pun sudah tidak tahu mentafsir jenis bunyi yang masuk ke telinga....

2 comments:

  1. betol tu ... tapi tak tahan ada bunyi azan tu .... panggil solat dhuha kot.... hihihihi... anyway great job. Tambah ilmu lagik

    ReplyDelete
  2. Thanks prof... walaupun ramai semua menunjukkan minat yg baik...

    ReplyDelete