Thursday, March 5, 2009

Pro Aim 7000 outdoor test..


Semalam setelah balik dari 'rehearsal' untuk satu majlis pelancaran peringkat daerah barulah ada sedikit masa untuk kami mencuba Pro Aim 7000 di luar. Dengan masa yang agak suntuk kami bergegas ke satu lokasi. Sebaik tiba kami mengenakan 'vest' dan 'arm'. Masalah timbul apabila untuk memasang 'sled' kepada 'arm'. Kami tidak membawa 'stand' bersama untuk mengurangkan bebanan. Kami terpaksa mengangkat 'sled' yang berat keatas, dan pada masa yang sama menekan 'arm' yang berspring kebawah.




Setelah berjaya mengenakannya, kami memulakan shooting di sekitar tempat letak kenderaan sahaja. Untuk masuk ke bahagian dalam cuaca sudah mulai gelap dan masih ramai orang berjogging. Tidak mahu mencuri tumpuan orang ramai kami hanya terus berlegar-legar di kawasan luar sahaja.

Bahannya masih belum di download. Kami akan letakkannya disini sebaik selesai membuat editing. Kualiti shooting tidaklah begitu bagus kerana stabilizer masih belum 'balance' sepenuhnya.

2 comments: