Friday, February 27, 2009

Steadicam Test...


Setelah beberapa kali menemui jalan buntu 'calibrate' Pro Aim 7000 dan FlyCam 6000, akhirnya muncul sedikit harapan. Masalah sebenar adalah pada Flycam 6000 iaitu 'sled' yang menempatkan kamera dan pemberat. Seperti yang pernah selalu diberi amaran oleh ramai 'forumers' akan penyakit 2nd class stabilizer kini kami benar-benar menghadapinya. Alat ini langsung tidak mempunyai 'dynamic balance'. Malahan 'static balance' pun agak sukar dicapai. Setelah puas mencari, sepertimana agakan awal penyakitnya berpunca dari 'fork' yang tidak sama rata. Setelah diamati salah satu dari cabangnya 'terkucil' 1mm. 1mm je..!! Tapi masalahnya boleh membuatkan makan tak lalu tidur tak lena..!!


Setelah bersusah-payah dibetulkan barulah ianya menampakkan hasil. Sementara itu kami telah berjaya mendapatkan external screen 7 inci untuk paparan luar sebagaimana yang biasa digunakan oleh pro. Dibeli dari kedai alatan elektronik. Menggunakan kuasa bateri 12 volt. Baterinya yang berat dapat menggantikan pemberat besi yang digunakan sebelumnya.

Setelah beberapa percubaan yang amat memenatkan kami telah mendapat hasil yang agak ok berbanding sebelumnya...

No comments:

Post a Comment