Wednesday, February 18, 2009

Stabilizer / Steadicam...


"Stabilizer" atau lebih dikenali sebagai "steadicam" adalah satu alat yang digunakan dalam industri perfileman bagi menstabilkan pergerakan kamera. Ianya akan 'mengasingkan' pergerakan kasar jurukamera (berlari atau bergerak di permukaan tidak rata) daripada kamera yang dibawanya. Stabilizer yang lengkap biasanya terdiri daripada Vest, yang bersambung dengan 'iso-elastic arm' atau 'lengan'. Lengan ini disambung kepada batang yang menempatkan 'base' untuk kamera dan juga 'sled'. Sled di bahagian bawah menempatkan pemberat yang mengimbangi berat kamera di bahagian atas. Pemberat biasanya akan digantikan dengan monitor dan juga bateri.

Kunci kepada stabilizer yang berkualiti adalah ketepatan kejuruterannya. Tidak hairan kenapa harganya sangat mahal. Satu set lengkap boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Antara jenama yang paling popular adalah "Steadicam". Pergerakannya sangat lancar seolah-olah kamera sedang terbang secara bebas. Penggunaan steadicam ini telah menjadi satu trend dalam kebanyakan filem-filem aksi. Ianya berupaya melangkaui keupayaan 'dolly' yang terbatas pergerakannya.

Steadicam boleh digunakan di permukaan tidak rata termasuklah tangga. Untuk itu satu-satu penggambaran boleh dilakukan secara terus menerus dari satu lokasi ke lokasi lain, dengan camera akan mengikut pergerakan aktor. Klip dibawah menunjukkan bagaimana Steadicam digunakan dan hasilnya. Bagaimanapun faktor operator atau cameraman adalah antara yang paling kritikal yang menentukan kualiti..

Klip ini dambil daripada www.stillmotionblog.com Jika anda berhasrat untuk menjadi Wedding Photographer, check out this website... superb!!

No comments:

Post a Comment