Thursday, February 12, 2009

Seandainya...

Pernah berkunjung ke Melaka..? Pernah sampai ke Bandar Hilir..? dan bergambar di Kota Melaka atau dikenali juga sebagai A Famosa..? Gerbang tersebut adalah satu-satunya bahagian yang tinggal yang tidak sempat dimusnahkan oleh Inggeris dahulu. Tahukah anda bahawa sebahagian Bandar Hilir terutamanya Bukit St. Paul sebenarnya pernah dikelilingi oleh tembok (fortress) secara menyeluruh. Dapat anda bayangkan bagaimanakah keadaan pada ketika itu..?

Sekarang ini terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk membangunkan semula jajaran tembok tersebut agar dapat dilihat kembali oleh generasi kini, dan ianya telah mengundang pelbagai reaksi. Sebahagiannya telah pun dibina berhampiran dengan Dataran Jam atau Stadthuys di pinggir Sungai Melaka. Bagaimanakah agaknya jika tembok ini dibina semula secara sepenuhnya..??

Mungkin imej dibawah dapat membantu imiginasi anda...



Nota : Garis hitam yang melintang di kiri atas adalah tali sayap pesawat Microlight.

Dan imej dibawah ini adalah sekiranya tiada sebarang tambakan laut dibuat di pantai asal Bandar Hilir...

3 comments:

  1. Bro

    Checkout gambar & saiz Tower of London

    Kota Melaka binaan Feringhi lebih GAH dari Kota London, istana inapan rajanya turun temurun

    Sesungguhnya Mewahnya depa hanya lepas Melanun

    Henry VIII merampas Istana Hampton Court yang dibina oleh Paderi Gereja Katolik dengan duit zakat rakyat sejurus lepas menubuhkan Church of England ketika berpecah dengan Pope sebab tak dapat kelulusan kawin lagi

    Anaknya Elizabeth I Penaung segala Kepala Samseng. Bermodalkan hasil merompak kapal Sepanyol pulang lepas merampok Umat Inca, Maya, Aztec (Mexico, Guatamala hingga ke Peru)la mewah dia - mana datangnya Treasure tup tup jelma atas kapal Jim Hawkins tu bang?

    Apakah mancung perawan Telenovella yang mahir salsa tu setancing benggot orang asal bumi itu? Kacuk ke dia atau memang Pendatang Baru?

    Farquhar diperintah robohkan binaan kota masa Melaka diamanahkan pada British oleh Belanda kunun tolong jagakan

    Raffles cegah Gerbangnya diranapkan buat tatapan semua turunan bagi bukti gimana depa pandai menipu

    Ke hari ni cucu cicitnya bangsa Anglo Saxon ni masih gitu - bukan kah Bush dah titik Iraq untuk mengkaut hasil buminya & leburkan Palastin bagi menjayakan Grand Plan Dajalnya?

    ReplyDelete
  2. Thanks for leaving your comment. Really appreciate it! Pada awalnya kami bercadang untuk membangunkan persekitaran Melaka pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, tetapi malangnya tidak banyak sumber yang benar-benar 'reliable' sebagai rujukan. Yang banyak hanyalah pelan-pelan lama yang menunjukkan jajaran tembok penjajah ini.

    ReplyDelete
  3. Power...ini bukti/testimoni strategik, gemilang, makmur dan mahsyurnya empayar Kesultanan Melayu Melaka..yang menarik kedatangan..

    penjajah Portugis, Belanda, Inggeris...

    Orang Cina dah belayar sejak kurun ke-6...Kapal mereka 6 kali saiz Columbus masa dia buka Amerika..

    Tapi orang Cina berdagang, bukan menjajah..

    GREAT GRAPhic 'KangKung'

    Promote sikit
    www.melakageorgetownworldheritagesite.com

    ReplyDelete