Tuesday, October 28, 2008

Segamat... "segar amat...."


Segamat menurut cerita mendapat namanya dari kata-kata yang keluar dari mulut Bendahara Tepuk iaitu salah seorang bendahara Melaka yang melarikan diri setelah diserang oleh Portugis. Dalam persinggahannya di satu tempat, berhenti penat dan membasuh mukanya. Lantaran amat terasa kesegaran air tersebut telah terpacul kata-kata..."segar amat..."

Kisah inilah juga yang kami cadang untuk dijadikan intro kepada video pelancaran satu kajian rancangan pembangunan Segamat. Petang tadi kami ke Segamat untuk mengumpul video yang berkaitan. Harapan untuk menadapatkan kesemua bahan video dengan sekali round sahaja. Terlupa bahawa projek ini melibatkan satu daerah..! dan bukannya kawasan bandar sahaja..!!

Dengan dibantu oleh 'co-pilot' dari Majlis Daerah Segamat kami menjelajah ke 'hujung peta' dahulu...Gemas di sempadan Negeri Sembilan. Dalam perjalanan sempat singgah di beberapa lokasi seperti Jambatan Putus (akibat di bom oleh Nipon...)dan kubur Bendahara Tepuk.

Kemudian 'rushing' balik ke Bandar Segamat. Cadangannya kami akan berjalan kaki me'round' pusat bandar bagi mendapatkan shot yang menarik. Sebaik sahaja menurunkan 'co-pilot' titis-titis jernih mula berjatuhan ke atas cermin kereta... Semakin ditunggu semakin galak dan kasar pula hentamannya. Melihatkan tiada harapan untuk mengeluarkan DV kami pun dengan reda terpaksa akur dengan ketentuan. Walaupun dateline hanyalah beberap jengkal sahaja lagi...

Segamat... kami akan datang lagi...

No comments:

Post a Comment