Monday, October 27, 2008

"24 x 7..."


Semenjak posting terakhir yang lalu masa dan waktu benar-benar berputar dengan laju. Bebanan kerja yang bertimpa agak menyesakkan kepala. Tidur memang tak pernah cukup kebelakangan ini. Entah kenapa semuanya bertumpu sekitar pertengahan November sebagai tarikh "hari jadi...". Dan sudah pastinya setiap "hari jadi" menagih hadiah!! Yang memeningkan masing-masing sudah pandai demand... Mesti ada animation... macam ni.. macam tu... pusing ikut sini.. kona ikut sana... kenapa dah kurang grafik... kenapa tak tambah staff... dan lagi.. dan lagi....

Ok... ok.. bagi saya tarik nafas barang sekejap. "well.." saya tidaklah berhasrat untuk menjadi korporat.. punya staff ramai, attend meeting sana-sini, sapu semua projek... buka branch baru, tukar kereta..?!!

Tengok tajuk diatas... saya hanya nak buat "itu" sahaja - 'do what you love..' Itu sahaja... Hidup tenang... no rushing.. tapi sekarang dah lain jadinya.

Ok.. ok.. kami telah pun dilantik untuk menjalankan kerja. Kami ambil sebagai amanah yang tidak boleh dikompromi! Terima kasih diatas kepercayaan dan sokongan padu anda... kami sangat-sangat menghargainya... Kita habiskan yang ini... dan selepas itu saya ingin berehat seketika... "do what I love..."

No comments:

Post a Comment