Thursday, October 9, 2008

Film Look on Video...

Jika anda bertanya kepada seseorang Pro atau 'Otai' Videographer - apakah yang paling diinginkan dari kualiti videonya.. jawapannya adalah kualiti video yang artistik.. sebolehnya sepertimana yang di shoot oleh kamera filem. Kamera video dan kamera filem adalah sangat berbeza. Secara umumnya ciri yang paling berbeza adalah 'Depth of Field' atau 'Jarak Fokus'.

Satu ketika dahulu adalah mustahil untuk mendapatkan kualiti filem pada kamera video. Ini kerana kamera video menggunakan cip atau lebih dikenali dengan 'CCD' yang sangat kecil (1/3 inci..?) untuk merakam imej. Ini mengakibatkan keseluruhan imej yang terbentuk mempunyai fokus yang tajam tidak kira samada dekat atau jauh. Manakala kamera filem menggunakan filem 35mm sebagai bahan rakaman imejnya. Filem yang lebar ini menyumbang kepada pembentukan imej yang mempunyai jarak fokus yang pendek (shallow Depth of Field). Inilah yang menghasilkan imej yang artisitik dan sedap dipandang mata.


Kini dengan munculnya mereka yng gila-gila dan terlebih kreatif dalam digital video, telah tercipta satu alat yang dipanggil '35mm adapter' yang membolehkan kamera digital video menggunakan lens-lens 35mm yang biasa digunakan untuk kamera filem. Secara umumnya adapter ini dipasang di bahagian depan kamera video yang membenarkan lens 35mm untuk disambung. Seterusnya imej akan dirakam oleh lens 35mm dan di'project' ke atas satu skrin didalam adapter (dikenali sebagai 'ground glass' atau 'GG'). Lens asal kamera video (stock lens) hanya akan merakam imej yang telah di 'project' ke atas skrin tersebut dan menghantarnya ke tape MiniDV.



Kangkungpro juga telah mempunyai satu '35mm adapter' yang dibeli khas dari US. Hasil videonya sangat menarik tetapi masih belum berkesempatan mencubanya secara intensif. Jika berkesempatan saya aka cuba upload beberapa video yang di shoot dengan menggunakan adapter ini. Alat ini menjadi satu kegilaan di US dan UK. Malahan banyak filem-filem 'indie' serta dokumentari dihasilkan menggunakan '35mm adapter'.

No comments:

Post a Comment