Wednesday, September 3, 2008

Artistic Videography

Let's go specific..!!
Pernah menggunakan atau secara mudahnya 'shoot' video..? Tidak kiralah samada menggunakan Digital Video Camera atau pun Handphone.
Pernah menonton wayang..? Atau menonton siri-siri TV seperti CSI, 24, dan beberapa siri TV bercorak penyiasatan...?
Apa agaknya kaitan dua soalan di atas..? Kualiti serta gaya paparan videonya (atau filemnya..). Semasa di permulaan saya mengenali digital video, saya terlalu berhasrat untuk mendapatkan gaya dan teknik video sebagaimana yang ditonton di filem atau siri TV. Selama bertahun saya mencari bagaimana untuk mendapatkan efek yang amat artistik terutamannya imej latar belakang yang kabur atau bahasa fotografinya menyebut 'Shallow Depth of Field - DoF'.

Setelah beberapa lama menyelidik, kesimpulannya adalah hampir mustahil untuk mendapatkan efek tersebut dengan menggunakan video biasa (walaupun 3CCD).
Mengapa...? Antara sebab utamanya adalah kamera video yang kita gunakan menggunakan CCD yang saiznya sangat kecil untuk merakam imej. Ini menyebabkan keseluruhan imej yang terbentuk (samada hampir ataupun jauh dengan video) adalah 'sharp' dan 'in-focus'. Ini merupakan ciri utama VIDEO yang membezakannya dengan filem. Manakala produksi perfileman menggunakan 'kamera filem' yang menggunakan filem 35mm sebagai asas rakaman. Saiz filem yang jauh lebih lebar menyebabkan keupayaannya untuk membentuk 'shallow DoF' adalah sangat besar. Objek yang berada pada jarak tertentu sahaja yang 'sharp' dan 'in-focus' manakala selainnya adalah kabur atau 'blur'. Ini adalah ciri utama filem yang memberikan kesan yang sangat dramatik dan menarik. Selain itu sudah tentulah terdapat banyak lagi faktor yang membezakan seperti jenis lens, pengcahayaan, teknik pergerakan kamera, angle dan berpuluh lagi...

Walau bagaimanapun masih ada harapan bagi peminat digital video untuk mendapat efek 'shallow DoF'..! Saya telah mendapat menemuan bagaimana mendapat teknik tersebut dan telah menggunakannya dalam production saya selama bertahun. Hasilnya... saya mendapat ramai 'happy clients..' yang benar-benar 'appreciate' dengan kualiti video saya... Ini antara 'snapshotnya...'




Berminat untuk mendapatkan teknik sebegini..? Kita akan kongsi di lain posting... "Keep coming.."

1 comment:

  1. If the images taken from video they are really nice...!

    ReplyDelete