Friday, September 5, 2008

Animated Intro...







Saya telah menghasilkan beberapa dokumentari pendek, montaj dan juga video pelancaran. Sebahagiannya adalah untuk majlis pelancaran dan perasmian. Selain itu ada juga untuk 'corporate video' dan 'info video'. Kebiasaan jangkamasanya adalah 8 hingga 12 minit. Montaj biasanya 2 minit sahaja.

Saat paling penting dalam menghasilkan video pelancaran atau dokumentari pendek adalah semasa seminit pertama - Intro... dan seminit terakhir - penutup! Seminit pertama... pada ketika ini audien sedang ternanti-nanti apakan yang bakal muncul di atas skrin. Lebih-lebih lagi jika lampu telah dipadamkan dan suasana agak sunyi menanti permulaan tayangan... Apa-apa yang muncul dikala itu akan menjana impresi untuk keseluruhan pertunjukan. Bukan sekadar itu, ianya juga akan turut berupaya memberikan kesan kepada keseluruhan majlis. Tidak keterlaluan jika dikatakan -berjaya atau gagal pertujukan ini turut mempengaruhi mood audien, lebih-lebih lagi penganjur yang telah bertungkus-lumus beberapa minggu sebelumnya.

Seminit terakhir... apa juga yang muncul pada ketika ini sedikit sebanyak akan tercetak di minda audien. Bagaimanapun ianya akan bergantumg kepada cara dan teknik penyampaian. Keutamaan perlu diberikan terhadap objektif utama majlis tersebut. Jika ianya bertujuan mempromosi sesuatu maka itulah yang perlu menjadi penutup, baik ianya produk, organisasi atau individu. Daya kreativiti sangat penting bagi menarik pandangan dan penghayatan audien.

Baru-baru ini saya telah mencuba pendekatan baru dengan memaparkan '3D animation' sebagai tarikan untuk intro sebuah dokumentari pendek. Dan saya agak ianya telah memberikan kesan yang agak positif...


No comments:

Post a Comment