
Setelah habis tugasan di Kuala Lipis pada 26 Ogos lalu barulah ada kelapangan masa sedikit. Itu pun masih ada dua tiga tugasan yang masih menunggu. Sebaik balik dari sana pun saya terus berhempas pulas menyiapkan satu 'launching montage' untuk satu seminar di Melaka. Terpaksa juga siapkan kerana klien dah lama 'booking'. Dan semalam seminar tersebut telah berlangsung dengan lancar walaupun acara perasmiannya terpaksa dijalankan pada majlis penutup!
Sedikit berkenaan tugasan Kuala Lipis. Ianya berkaitan usaha-usaha pengekalan, pemeliharaan serta memartabatkan Bandar Kuala Lipis sebagai sebuah Bandar Warisan Sejarah. Memang Kuala Lipis mempunyai elemen warisan sejarahnya yang tersendiri. Walaupun tak sehebat Melaka, ianya amat unik dan tersendiri. Sepanjang menyempurnakan tugasan ini saya telah beberapa kali ke Kuala Lipis. Apa yang menarik adalah keadaan topografinya yang berbukit berselang dengan dengan Sungai Lipis dan Sungai Jelai yang bersejarah. Bangunan bersejarah utamanya telah dibina di lokasi yang strategik tinggi di atas bukit seperti Pahang Club, Bangunan Pentadbiran Daerah, Kediaman Pegawai Daerah serta beberapa lagi.

Meninjau Lombong Emas Selinsing

Hari terakhir saya di Kuala Lipis adalah untuk Majlis Perasmian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Kuala Lipis yang telah dirancang sekian lama. Semuanya berjalan lancar dan sempurna kecuali LCD Projector saya mengalami sedikit masalah. Nasib baik pihak berkenaan cepat beralih ke 'Pelan B'. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Warga Lipis memang peramah dan tidak lokek menghulurkan bantuan...
Tugasan saya di Lipis... membuat penggambaran video dan mengumpulkan maklumat untuk dokumentari pendek semasa majlis perasmian.
Tugasan saya di Lipis... membuat penggambaran video dan mengumpulkan maklumat untuk dokumentari pendek semasa majlis perasmian.
No comments:
Post a Comment