Friday, August 29, 2008

Senai

Pertengahan Ogos lepas saya berada di Senai, Johor Baharu atas tugasan menyediakan video dokumentari untuk pelancaran Rancangan Pembangunan Pusat Pengangkutan Bandar Senai. Dua bulan sebelumnya selalu berulang alik ke Senai dan sekitarnya untuk 'video shooting' dan pengumpulan maklumat yang berkaitan. Senai menempatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail yang sedang giat dipertingkatkan statusnya sekarang. Selain itu ia juga merupakan pusat perindustrian yang utama di rantau selatan menempatkan banyak nama besar dalam sektor pembuatan dan pengilangan.

Pada 14 Ogos majlis pelancaran publisiti telah selamat disempurnakan oleh Menteri Besar Johor di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai, Johor. Kehadiran kira-kira 500 orang telah turut memeriahkan pelancaran Rancangan Pembangunan tersebut. Semasa pelancaran tersebut video dokumentari telah ditayang ke atas dua skrin di kiri dan kanan dewan serta plasma TV untuk tetamu VIP. Semuanya berjalan lancar lebih-lebih lagi dengan penyediaan dua LCD projector berserta dengan 'splitter' oleh syarikat yang membekalkan peralatan tayangan. Majlis Perbandaran Kulai sememangnya telah membuat perancangan yang rapi dalam menjayakan majis ini.

1 comment:

  1. huhu..leh tak sy tau tntg pembngunann senai dulu hingga sekrrg..mksudnye sblom kapal terbang ader hingga dah ad skng..ni email sy..diey_an@yahoo.com.my

    ReplyDelete