Thursday, April 7, 2011

Landing Time...

Tugasan semasa kami mungkin perlu memasukkan scene sebuah helikopter sedang mendarat atau berlepas... Mana nak cari..?? Beli 'royalty free footage'..?? Mungkin tak sesuai dengan apa yang dikehendaki. Lagi pula perkara tersebut belus diputuskan secara mutlak.

Keadaan tiba-tiba berubah... Kami dimaklumkan oleh team dari pihak klien pada 5 April 2011 ada dua buah heli akan mendarat di kawasan mereka. Rundingan dan perancangan diatur supaya pihak kami dibenarkan untuk turut serta membuat penggambaran pada hari tersebut. Bagaimanapun ianya hanyalah persediaan untuk pihak kami sahaja... sedangkan team dari heli yang mendarat tidak dimaklumkan akan tujuan lanjut dari penggambaran tersebut. Ia seperti liputan ketibaan biasa.... Tetapi pihak kami harus bersedia sebaik mungkin bagi mendapatkan sudut terbaik bagi disesuaikan dengan tugasan yang sedang dilaksanakan.

Sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kami membwa peralatan seringkas dan seringan mungkin terutama bagi menghadapi situasi yang mungkin berubah dalam sekelip mata... Kami juga mendapatkan pandangan dari marshall udara yang ditugaskan. Selain team klien, mereka juga ada menerima bantuan bantuan dari pihak tentera bagi membuat persediaan yang diperlukan.

Jam 11 pagi... dua buah heli tiba dari Sepang. Setelah berlegar meninjau padang pendaratan, kedua-duanya  membuat pendaratan yang sempurna. Keadaan berlaku agak pantas... hampir saja kami terlepas situasi tersebut. Agak diluar jangkaan kerana heli tidak mendarat secara menegak dari atas... sebaliknya menyongsong dari arah belakang kami dan terus melakukan pendaratan...

Siapa penumpang yang berada di dalam heli tersebut...?? Michael Schumacher... pemandu Team F1 Mercedes-Petronas...







No comments:

Post a Comment