Monday, February 28, 2011

Maher Zain... For Real... -Update

Maaf.. sedikit off-topic untuk entry kali ini...

25 Februari 2011.. tanpa perancangan awal dan dengan tidak semena-mena kami tiba-tiba berada di dalam Stadium Malawati, Shah Alam... melayan Maher Zain - Live in Concert. Di saat-saat akhir kami membuat keputusan untuk membawa dua 'die-hard fan' ke konsert Maher Zain sebagai penghargaan dan hadiah untuk mereka...

Semua tiket sold out...!! Yang tinggal hanya beberapa tempat di bahagian VIP... Tempahan online telah pun ditutup... terpaksalah kami menghubungi saudara yang tinggal di Shah Alam untuk mendapat tiket secara terus di kaunter stadium.

Dipendekkan cerita (atau memang tak tau nak cerita...) persembahan Maher Zain memang mengkagumkan. Tanpa aksi 'dancing', tanpa penari latar beliau mampu memukau seluruh penonton dengan suara yang hebat... dan 'air muka' yang 'super cool...'

Kami bukanlah kaki konsert... tapi publisiti awal dari lagu-lagunya di radio dan internet... lebih-lebih lagi ianya terang-terangan membawa roh Islami maka kami tidak teragak-agak untuk menjejakkan kaki ke sana..

Di bawah ini beberapa imej Maher Zain yang di'capture' menerusi Canon EOS 7D menggunakan Lens 70-200mm 2.8 + 2x Extender... Skrin latar serta spotlight banyak membantu memberikan pengcahayaan yang cantik. Tidak menggunakan flash... Hand-held...  Jarak lebih kurang 30 meter 'just nice' untuk medium close-up pada zoom maksimum 400mm. Sedikit kesan kabus (fog) menambah kesan 'soft' pada imej.






































'Big' Fan of Maher Zain...

Secara sembunyi-sembunyi kami juga ada rakamkan sedikit dari videonya dengan 7D... Untuk kenang-kenangan sahaja... Ini kerana rakaman audio video adalah dilarang... kami cuba patuhi arahan tersebut (sekadar yang boleh la...) Jika ada kesempatan kami akan upload nanti...

Dibawah adalah Lens 70-200mm bersama dengan 2x Teleconverter Extender (Body EOS 1D, bukannya 7D...)

1 comment:

  1. Salam Yob, salam dr Laut Itam. waah gi konsert dan rakam gambor lagi. Mesti sonok tu. Akak dengor dan tengok video klip cukup dah. Dia nyanyi lagu Melayu tak? Btw, akak tak dpt buat entry Libya dan Gaddafi sbb akak dok rumoh sedara, takkan kita nak conquer channel asing, deme suka tengok channel Turki jerk.

    ReplyDelete