Sunday, December 13, 2009

Mersing 2nd Visit....


Kami ke Mersing untuk kali kedua setelah lawatan pertama disambut dan dilayan dengan hujan bercurahan bersempena musim tengkujuh Pantai Timur. Kali ini monsun mula merangkak pergi... menjemput panahan mentari menerusi jendela biru yang sungguh cantik. Tompokan putih awan berkepul-kepul diarak angin sungguh mendamaikan jiwa... Sayangnya deretan tugasan yang menunggu sebaik pulang ke Melaka tidak mengizinkan untuk kami membuat editing terhadap video yang telah di'filem'kan menerusi lensa EOS 7D. Tambahan ada sedikit 'kecelaruan' yang langsung tanpa rasa segan dan malu cuba menempel dan memberatkan kepala...

2 comments: