Thursday, October 1, 2009

Back To Play...

Selamat bertemu kembali... Setelah dua minggu Aidilfitri berlalu kami mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Sepanjang Ramadhan kami banyak menumpukan kepada membuat 'research' dan 'housekeeping'. Kerja luar memang boleh dikatakan sangat kurang bagi membolehkan ibadah puasa berjalan dengan lebih sempurna dan tenang.

Bertolak dari hari ini keadaannya bakal berubah, dimana jadual kerja yang agak padat telah sedia menanti sehingga ke hujung tahun. Semalam telah bermula satu tugasan - menyediakan montaj bagi sebuah Pusat Penerangan Pelancongan (Tourist Information Centre - TIC) di Bandar Hilir, Melaka. Ia melibatkan 'artistic shooting' sekitar dalam dan luar bangunan serta temubual dengan beberapa orang pengguna atau pengunjung TIC tersebut.

Kami tiba di lokasi pada jam 4.00 petang, dimana matahari telah condong ke barat menyebabkan shooting hanya ditumpukan di bahagian belakang sahaja. Pagi ini ini sekali lagi kami ke sana, tetapi cuaca mendung dan gerimis tidak mengizinkan shooting dijalankan.

Shooting menggunakan Canon HV30 HDV yang dilengkapi dengan Letus Extreme 35mm Adapter dan beberapa lens SLR Nikon.




P/s:
Kami bercadang untuk shoot temubual dengan pengunjung TIC pada hujung minggu. Kami memerlukan seorang penemubual (interviewer) untuk berkomunikasi dengan pengunjung. Boleh berbahasa inggeris kerana beberapa pengunjung mungkin dari luar negara.

No comments:

Post a Comment