Monday, July 20, 2009

Emergency Exercise...


Penghujung Jun 2009 kami telah diminta untuk merakamkan detik-detik "cemas" salah satu dari siri latihan kecemasan sebuah syarikat petroleum di Sungai Udang, Melaka. Ini adalah pengalaman pertama kami membuat rakaman sebegini kerana semua perkara yang berlaku adalah secara 'one-shot'. Tiada lakon semula atau ulangan. Team kami terdiri daripada 4 cameraman dan 1 photographer. Sehari sebelum hari 'kejadian' hanya 3 videoman sahaja yang dapat hadir ke sesi taklimat. Kami dibawa ke beberapa lokasi penting, tempat kejadian utama akan berlaku keesokan harinya. Tiada persiapan rapi yang dapat dibuat kerana kami hanya dimaklumkan beberapa hari sahaja sebelumnya.

Pada hari tersebut sebaik sampai di lokasi utama keadaan telah pun agak kelam kabut. Setelah meneliti 'event sequence' yang diberikan kami mula berpecah ke lokasi masing-masing yang telah ditetapkan. Saya sebagai cameraman 1 akan berlegar sekitar Emergency Command Centre, Support Center dan juga Klinik. Cameraman 2 menuju ke kawasan plant yang bakal berlaku letupan dan kebakaran utama. Cameraman 3 menuju ke jeti menaiki bot tunda yang berlegar sekitar kapal tangki, lokasi berlakunya tumpahan minyak. Cameraman 3 menuju ke pintu pagar belakang, lokasi bakal tercetusnya rusuhan oleh orang kampung.

Secara ringkasnya latihan tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Team kami telah membuat rakaman sebaik mungkin bagi mendapat detik-detik penting latihan tersebut. Selain itu terdapat juga beberapa cameraman sokongan daripada pihak syarikat sendiri yang turut merakam di beberapa lokasi penting.

Apa yang menarik ialah kami telah diberitahu supaya menyediakan hasil akhir rakaman ini dalam bentuk "movie style" dan bukannya video biasa sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini. Untuk itu semua cameraman telah di maklumkan agar mendapatkan shot yang sesuai dengan apa yang dikehendaki. Semua cameraman telah menjalankan kerja dengan baik. Selebihnya adalah kerja pada peringkat post-production...

No comments:

Post a Comment