Thursday, April 16, 2009

Camera.. LIGHTS..Action...

Sempena cuti umum di Melaka Bandaraya Bersejarah hari ini kami ke KL untuk membuat tempahan 'lighting set - Arri 3 Point System'. Sebenarnya sudah agak lama kami berhajatkan satu sistem asas yang lengkap untuk lighting. Selama ini shooting banyak bergantung kepada natural light yang memang membataskan kreativiti. 3 point lighting adalah satu sistem pengcahayaan yang menggunakan 3 punca cahaya (spotlight). Ianya - 'Key Light' sebagai sumber cahaya utama, 'Fill Light' yang sebagai sumber kedua - biasanya untuk mengimbangi dan mengurangkan kesan bayang dari 'Key'. Dan yang ketiga 'Kicker' - cahaya dari belakang untuk 'memisahkan' subjek dari latar belakangnya.

Kebetulan pula syarikat tersebut merupakan pengedar utama bagi peralatan perfileman dan videografi. Pelbagai peralatan profesional terdapat di sana yang selama ini kami hanya dapat melihatnya di majalah atau internet. Semasa berbual dengan wakil penjualnya, beliau menyatakan akan ke US selama dua minggu untuk menghadiri Expo NAB - "National Association of Broadcasters" iaitu salah satu expo terbesar antarabangsa yang mempamerkan teknologi terkini dalam industri penyiaran, videografi dan perfileman. Katanya.. "You also should go..." Macam dekat..!!

No comments:

Post a Comment