Sunday, March 8, 2009

Dirty Job...


Semalam kami menghabiskan sehari suntuk membetulkan 'fork' yang tidak stabil. Setelah hampir 'lunyai' fork tersebut dikerjakan barulah terdapat sedikit kemajuan. Kini FlyCam sudah boleh berada tegak dalam semua paksi. Cuma masalah yang tinggal adalah kamera yang agak ringan berbanding dengan bateri dan skrin di bahagian bawah. Ini menyebabkan bateri dan skrin terpaksa dinaikkan jauh keatas bagi mendapatkan 'Centre of Gravity'- CP di bahagian tengah. Ini membuatkan 'rig' kami kelihatan sedikit janggal. Tetapi dari segi fungsi dan keberkesanan, ini adalah set-up yang terbaik setakat ini. Kami akan cuba untuk membuat beberapa shot di luar jika berkesempatan... Sekarang setiap hari sudah mula hujan...

2 comments:

  1. tak sabar nak tunggu produk movie pertama guna stablilizer dan camera nih..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni hujan je.. tak sempat nak out door..

    ReplyDelete