Friday, January 9, 2009

Tahun Berganti...


Semenjak posting terakhir sekitar November 2008, agak banyak juga perkara yang berlaku dan berlalu. Antaranya tugasan di Zon Warisan Melaka Bandaraya Bersejarah dan shooting dan pelancaran RTD Kota Tinggi, Johor. Sementara tugasan di Kukup, Pontian masih dalam proses editing. Beberapa hari yang lalu kami kembali ke Kukup memenuhi beberapa tugasan terakhir di tapak. Dan beberapa hari ke hadapan kami mungkin terpaksa ke Bentung, Pahang. Mengikut perancangannya tidak perlulah ke sana kerana kami hanya menyediakan bahan pelancaran yang ringkas sahaja dan sesiapun boleh mengendalikannya. Tetapi atas permintaan yang bersungguh-sungguh dan demi tidak menghampakan terpaksalah juga...

No comments:

Post a Comment