Thursday, November 27, 2008

Kukup Island



Beberapa hari lepas kami telah ke Pontian dan Pulau Kukup. Setelah menghadiri mesyuarat ringkas di sebuah agensi kerajaan, kami bertolak ke Pekan Kukup kira-kira 25km dari Bandar Pontian. Sampai di sana hari telah pun agak lewat petang. Setelah meninjau kami berpatah balik dan dan bermalam di Hotel Pontian. Keesokan pagi kami sampai semula di Kukup dan terus menaiki bot ke Pulau Kukup. Pulau Kukup merupakan antara pulau hutan bakau terbesar yang telah dianugerahkan "Ramsar Site" kerana kepentingannya terhadap keseimbangan ekologi pantai. Terdapat pelbagai fauna dan flora bakau yang menarik di sini. Walau bagaimanapun dari pengamatan kami ianya telah berkurangan berbanding kunjungan beberapa tahun lepas.

Apa yang penting adalah kami telah menggunakan Canon XHA1 yang dilengkapi dengan Adapter 35mm Letus Extreme sepenuhnya untuk merakam suasa di situ. Ini adalah kali pertama ianya digunakan di luar. Sebenarnya kami agak keberatan untuk menggunakannya kerana ia memang 'berat'. Tapi memandangkan ini adalah peluang terbaik untuk menguji keupayaan Letus Extreme maka kami cekalkan hati. Lens utama yang digunakan adalah TAMRON SP 60-300mm. Memang panjang macam bazooka... tapi hasilnya memang memuaskan..!!

Kami banyak dibantu oleh Kangkung Junior selaku Second Cameraman dan juga pelakon tambahan (selain ketam, ikan belacak dan siput...) yang tak henti-henti membebel kepenatan sepanjang operasi penggambaran.

No comments:

Post a Comment