Sunday, August 31, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan dengan segala kemuliaan dan keberkatannya bertandang lagi. Selamat Datang.... Semoga kedatangannya kali ini lebih memberi erti dari Ramadhan yang sebelumnya. Sebenarnya saya berhasrat untuk berehat terus dari sebarang aktiviti luaran sepanjang Ramadhan. Tetapi beberapa tugasan yang 'drag' sejak beberapa bulan sudah memaksa saya untuk 'keluar' malahan 'outstation' ke beberapa lokasi di Negeri Sembilan dan Johor. Harap ianya tidaklah begitu membebankan memandangkan kerja saya banyak melibatkan 'fieldwork' secara fizikal - memikul kamera video, tripod, lens tambahan dan adapter ditengah panas terik. Apa yang agak merisaukan adalah 'dateline' yang menjelma secara tiba-tiba - arahan dari 'atas'... Tetapi setakat ini Alhamdulillah semuanya dapat dikendalikan dengan sempurna dan lancar. Masalah utamanya kadang-kadang saya dilanda oleh 'sindrom malas' yang agak kronik... Semoga sepanjang Ramadhan ini saya mampu mencari penawar sindrom tersebut. Selamat berpuasa...

2 comments:

  1. Thanks for ur visit Cik/Encik Kangkung....hehehhe...tolong bg hint skit...u ni laki ker pompuan :)

    CM nk ucapkan selamat datang ke dunia blog...dunia maklumat tanpa sempadan dan juga dunia bersahabat tanpa terikat denagn apa2 status sosial atau kelas masyarakat...who knows ada di kalangan sahabat blogger adalah di kalangan anak-anak raja,para Menteri mahupun CEO syarikat2 korporat ;)

    ReplyDelete
  2. Thanks CM.. Kangkung laki laa.. U are right..! Most important ada ilmu yang disumbangkan. Happy blogging..!!

    ReplyDelete