Tuesday, August 9, 2011

Nusa Promo - Behind The Scene


Sebahagian daripada 'demo reel' terbaru kami... memaparkan kerja-kerja belakang tabir. Ini adalah bahagian ke 2 dari gabungan 3 bahagian. Bahagian 1 dan 3 akan dipaparkan sekiranya keadaan mengizinkan.

Editing  sengaja dibuat secara 'fast pace' untuk memberikan kesan 'curious' dan suspens kepada audien. 'Behind The Scene - BTS' hanya dirakam dalam kerja-kerja terbaru kami... sebelum ini tak terfikir untuk membuat rakaman BTS... tambahan pula team yang kecil tidak mengizinkan fungsi BTS cameraman... semua sibuk menjalankan kerja 'hakiki' masing-masing...

Terima kasih kepada BTS cameraman - Pak Syeh, Iqbal, Lan, Naim, Is...

Saturday, August 6, 2011

Selamat Berpuasa...

Selamat berjumpa kembali... sejak April 2011 blog ini tidak dikemaskini. Terima kasih kepada anda yang masih sudi singgah dengan harapan ada sesuatu yang menarik untuk ditatap. Mohon maaf kerana sedikit seibuk dan kekurangan mood... mungkin diakibatkan oleh 'shout box' yang telah diceroboh oleh aktiviti spam yang tak berkesudahan... Jika anda perasan 'shout box' telah ditiadakan... malas nak layan orang malas yang mencari kerja mudah memancing pengunjung ke blog mereka melalui spam...

Selamat menyambut Ramadan yang telah hampir seminggu berlalu... semoga menjadikan kita lebih bertaqwa dari Ramadaan yang lalu...

Sebenarnya banyak bahan menarik yang terkumpul untuk dikongsi bersama anda. Insyaallah dalam jangkamasa terdekat saya akan upload apa-apa yang dikira menarik...

Saturday, April 16, 2011

The "GATE" - Part II.... Behind The Scene...

Semalam 15 April 2010... kami berserta krew dan team projek meneruskan babak seterusnya. Walaupun bahagian pertama belum siap sepenuhnya, kami memutuskan untuk terus dengan bahagian kedua bagi mengejar masa yang semakin suntuk. Penggambaran adalah sekitar kawasan lobi dan bilik mesyuarat.

Scene pertama adalah ketibaan Mr.Z di bahagian lobi... dan disambut oleh J sebagai host. Seterusnya Mr. Z dibawa oleh J ke bilik mesyuarat bagi menjalani sesi taklimat keselamatan dalam kawasan tersebut. Taklimat tersebut adalah 'crucial' dan mandatori....

Briefing kepada casts and crews...
Mr. "Z" dan "J"

Official Photographer 

Lobby Scene :  Pro AIM 7000 Stabilizer...

Briefing Scene : Sound - Rode Blimp System & H4N Audio Recorder

Briefing Scene : Green Screen Shot...

Briefing Scene : Canon 7D on Igus Slider...

Friday, April 8, 2011

Taking Off...

Ini adalah sebahagian dari 'take-off...'. 'Framing' agak teruk dan sedikit diluar kawalan. Ini disebabkan oleh mata dan hidung kami diterjah keras oleh rumput kering dan habuk akibat dari kipas heli...


Canon EOS 7D
Canon Lens 70-200mm L IS USM
Zacuto Viewfinder

Thursday, April 7, 2011

Landing Time...

Tugasan semasa kami mungkin perlu memasukkan scene sebuah helikopter sedang mendarat atau berlepas... Mana nak cari..?? Beli 'royalty free footage'..?? Mungkin tak sesuai dengan apa yang dikehendaki. Lagi pula perkara tersebut belus diputuskan secara mutlak.

Keadaan tiba-tiba berubah... Kami dimaklumkan oleh team dari pihak klien pada 5 April 2011 ada dua buah heli akan mendarat di kawasan mereka. Rundingan dan perancangan diatur supaya pihak kami dibenarkan untuk turut serta membuat penggambaran pada hari tersebut. Bagaimanapun ianya hanyalah persediaan untuk pihak kami sahaja... sedangkan team dari heli yang mendarat tidak dimaklumkan akan tujuan lanjut dari penggambaran tersebut. Ia seperti liputan ketibaan biasa.... Tetapi pihak kami harus bersedia sebaik mungkin bagi mendapatkan sudut terbaik bagi disesuaikan dengan tugasan yang sedang dilaksanakan.

Sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kami membwa peralatan seringkas dan seringan mungkin terutama bagi menghadapi situasi yang mungkin berubah dalam sekelip mata... Kami juga mendapatkan pandangan dari marshall udara yang ditugaskan. Selain team klien, mereka juga ada menerima bantuan bantuan dari pihak tentera bagi membuat persediaan yang diperlukan.

Jam 11 pagi... dua buah heli tiba dari Sepang. Setelah berlegar meninjau padang pendaratan, kedua-duanya  membuat pendaratan yang sempurna. Keadaan berlaku agak pantas... hampir saja kami terlepas situasi tersebut. Agak diluar jangkaan kerana heli tidak mendarat secara menegak dari atas... sebaliknya menyongsong dari arah belakang kami dan terus melakukan pendaratan...

Siapa penumpang yang berada di dalam heli tersebut...?? Michael Schumacher... pemandu Team F1 Mercedes-Petronas...







Wednesday, March 30, 2011

Crane Shot

Percubaan menggunakan crane untuk salah satu scene berkenaan bagi menghasilkan 'cinematic feel...'. Ini bukanlah 'perfect shot' tetapi berupaya mencipta kelainan dan tarikan.

Tuesday, March 29, 2011

Edit Bay - New Setup

Tiada banyak beza... hanya skrin utama digantikan dengan Samsung 40" - Full HD 1080P... Apple HD Display 23" diturunkan pangkat ke Secondary Monitor...

Posisi editor merangkap surfer terpaksa dijarakkan ke belakang 2 kaki... jika tidak... berair biji mata...

Thursday, March 24, 2011

"THE GATE..." (Bukan Tajuk Sebenar...)

21 Mac 2011 - Di sekitar negeri Melaka....

Kami berserta beberapa krew menjalankan penggambaran bagi menerbitkan satu video untuk tujuan 'prosedur dan arahan keselamatan'. Bunyi seperti biasa saja... tetapi apa yang diinginkan adalah satu produk video yang lain dari kebiasaan, bukan sekadar naratif dan 'slide show' tetapi memberi impak dan menarik minat audien untuk terus menonton... dan akhirnya mendapat mesej yang jelas.

Jadi... hasil perbincangan dengan klien... 'Movie Style...!!' Kami tidak berkesempatan untuk menulis panjang disini. Bagaimanapun di bawah ini adalah keadaan pada hari tersebut....