Tuesday, July 2, 2013

Shifting to Facebook...


Kami momohon maaf kepada pengunjung diatas 'pembekuan' blog ini untuk jangkamasa yang agak lama.

Untuk perkembangan terkini kami telah menggunakan Facebook sebagai medium perkongsian yang lebih efektif. Pengunjung dipersilakan ke:

www.facebook.com/Nusamediahouse



Thursday, March 1, 2012

Sweet 7D In The Park...

Beberapa langkah sahaja ke seberang jalan dari studio kami adalah sebuah taman hijau yang agak cantik dan menarik. Ianya dilengkapi dengan peralatan permainan kanak-kanak serta beberapa binaan seperti gazebo dan bangku untuk berehat. Pohon serta lanskapnya telahpun matang dan rendang menghijau. Tetapi mungkin disebabkan sudah terlalu biasa, malahan setiap hari hampir 5-6 kali melintasi taman ini, kecantikan dan keunikannnya sudah tidak terpandang lagi... Sehinggalah kelmarin semasa menemani Aishah membeli aiskrim di kedai runcit berhampiran, tergerak hati untuk mencuba beberapa 'angle' di sekitar binaan arca bulat di taman tersebut...

Tetapi agak sayang kerana sebaik sahaja bermula rintik-rintik hujan mula turun.. jadi kami terpaksa bergegas ke wakaf berhampiran untuk berlindung. 'Shooting mood' juga berubah... dari 'landscape' kepada 'portrait' mode...

Thursday, February 16, 2012

Macro Video (HD) - Reversed Lens

Pernahkan anda terfikir bagaimanakah imej yang akan terbentuk pada skrin LCD atau viewfinder kamera jika lens kamera tersebut diterbalikkan..?? Maksudnya... jika anda tanggalkan lens tersebut, bahagian yang asalnya terlekap atau di'skrew'kan ke badan kemera dihalakan kedepan... manakala bahagian depannya dilekapkan ke badan kamera...?

Kami menggunakan Canon 7D dengan lens pendek 50mm 1.4 yang diterbalikkan, dan inilah hasilnya...



Video di atas di shoot secara 'handheld' - tangan kanan memegang kamera, sambil ibu jari menekan 'on-off', dan tangan kiri memegang dan melekapkan lens ke badan kamera. Keadaan berangin menyebabkan sedikit ketidakstabilan pada video. Pembentukan imej akan berbeza mengikut jenis dan karakter lens. Kami pernah membuat entry berkaitan topik ini sebelum era DSLR lagi... Klik disini untuk membacanya.

Monday, February 13, 2012

"The CODE" Trailer...??



Jumaat yang lepas kami ke Bandar Hilir, Melaka untuk meninjau dan membuat 'location scout' untuk short movie yang akan datang (tak tahu bila...). Tinjauan kami adalah di sekitar Kota A Famosa dan Gereja St. Paul di bahagian atas bukit. Sebenarnya tiada idea yang solid lagipun untuk short movie ini... tetapi memandangkan ianya telah lama sangat terbantut maka kami kuatkan juga langkah pertama ini. Tambahan pula buat sementara waktu ini ada dua orang pelajar praktikal yang membantu...

Kawasan sekitar Bukit St. Paul sangat kaya dengan elemen sejarah unik sepatutnya boleh dieksploitasi dengan cara yang kreatif untuk pembikinan filem atau video. Tidak semestinya filem yang berunsurkan sejarah... Jika diperhatikan banyak filem-filem Hollywood yang telah menggunakan kawasan-kawasan warisan sejarah sebagai latar belakang penggambaran... Contohnya James Bond - Casino Royale yang menggunakan Venice sebagai lokasinya.

Zon Warisan di Bandar Hilir, Melaka juga mempunyai nilai warisan yang tersendiri terutamanya dari segi visual. Tinggal lagi bagaimana ianya mahu diekploitasikan... Tidak perlu menunggu Hollywood atau Bollywood untuk datang ke sini... Dengan kelengkapan asas terutama DSLR sahaja sudah memadai...

Video di atas hanyalah testing sahaja... sambil-sambil meninjau kami terus membuat shooting bagi melihat hasilnya dalam komputer. Heronya pun bidan terjun... pakai selipar jepun saja..


Update 1...


Kami sedang membuat sedikit tambahan kepada 'Trailer' diatas... memasukkan scene explosion di pintu masuk utama Menara Taming Sari... Video klip akan dimuatnaik kemudian...
Permulaan kepada kepada panik dan huru-hara besar...Awas..!!
















Update 2...

Ini adalah update kepada "The Code" Trailer sebelumnya...


Tuesday, January 31, 2012

Act Of Valor... From DSLR To Big Screen



'Act of Valor' adalah sebuah filem mengisahkan sekitar tugasan dan misi pasukan Navy Seals Amerika, bakal ditayangkan pada Februari 2012. Bukan kehebatan (atau propaganda) Navy Seals yang ingin diperkatakan.. tetapi proses pembikinan filemnya atau lebih tepatnya 'shooting' - penggambaran. Penggambaran filem ini telah menggunakan (atau hampir) sepenuhnya kamera DSLR Canon 5D yang telah di 'modify' dengan menggunakan lens Ziess dan Panavision. Ini membuktikan keupayaan sebenar DSLR apabila ianya berada di tangan mereka yang benar-benar tahu menggunakannya.

Antara yang menarik adalah semasa penggambaran mereka menggunakan peluru hidup (real bullet) bagi mendapat kesan yang benar-benar mantap... Klip-klip berikut mungkin boleh membuka lembaran baru bagi anda yang mula berjinak-jinak dengan Video menggunakan DSLR...



Friday, January 27, 2012

EAGLE 1 Trailer



Ini adalah 'Trailer' bagi video Latihan Kecemasan bagi sebuah syarikat pemprosesan gas asli yang telah dijalankan penghujung 2011. Latihan ini sebenarnya dilakukan secara simulasi 'Table-Top' sahaja, dimana semua mereka yang terlibat yang terdiri dari pihak berkuasa keselamatan ditempatkan di dalam dewan serta bilik-bilik tertentu yang disimulasikan sebagai zon petaka, pos kawalan hadapan, pusat kawalan operasi dan sebagainya.

Objektifnya adalah bagi menilai tahap kesediaan semua pihak terlibat dalam menghadapi bencana besar yang mungkin berlaku. Penekanan adalah kepada komunikasi dan kerjasama antara agensi terlibat serta kreativiti dalam menjalankan operasi menyelamat.

Tugas kami adalah membuat rakaman di setiap 'lokasi' serta menyalurkannya kembali ke semua skrin yang telah ditetapkan bedasarkan kepada interaktiviti dan komunikasi antara mereka. Live preview menggunakan beberapa kamera video yang dihubungkan menerusi switcher.

Dua kamera DSLR Canon 7D digunakan sebagai 'offline camera' untuk rakaman bagi tujuan pembikinan video akhir dalam bentuk 'movie-style'. Masing-masing menggunakan lens berbeza : Tele 70 - 200mm dan Wide 15 - 85mm.

Memandangkan ini adalah latihan yang dibuat secara 'indoor' kami telah diminta menyediakan beberapa siri 'special effects' yang melibatkan letupan dan kebakaran supaya 'mood' dan minat peserta dapat dibangkitkan. Video-video ini telah ditayangkan pada skrin berdasarkan kepada urutan kejadian yang telah disusun sebelumnya.


Behind The Scene...
Update... Imej belakang tabir semasa Eagle 1 Exercise. Suasana yang agak kelam kabut dan krew yang terhad membataskan kerja-kerja belakang tabir. 4 online videoman, 1 offline, 1 switcher...

















Photo Credit : Alfia

Friday, January 20, 2012

Merlin & 7D...

Selamat bertemu kembali setelah sekian lama blog ini sunyi sepi tanpa sebarang entry... Sebenarnya banyak perkembangan yang berlaku tetapi terasa berat untuk membuat update... walaupun hampir setiap hari menghadap komputer...

Terbaru... adalah video hasil dari Canon 7D yang di 'terbangkan' bersama 'handheld video stabilizer - Merlin Steadicam' daripada Tiffen. Sebenarnya Merlin ini telah lama dibeli tetapi akibat dari kegagalan untuk mendapatkan 'perfect balance' maka kami biarkan ia tersadai di atas rak hampir setahun. Sehinggalah kedatangan dua orang 'trainee' dari sebuah kolej di Rembau, N9 yang ingin mencuba-cuba seni 'stabilizing' barulah kami luangkan masa untuk kembali bermain-main dengannya.

Salah seorang dari mereka menggunakan satu jenama baru 'Motion Pro' yang dikatakan 'Made in Malaysia'. Untuk maklumat lanjut boleh ke http://motionprostabilizer.blogspot.com/ .

Tuesday, August 16, 2011

Short Movie : Experiment...


Cubaan menggunakan beberapa Special FX yang telah pun berada dalam 'library' kami... Sound FX, bullet holes dan wall hits...

Monday, August 15, 2011

Short Movie...??

Kami bercadang membikin satu 'short movie' dalam jangkamasa terdekat ini... Ini telah lama diangan-angankan... tetapi disebabkan oleh jadual yang agak ketat dan ketiadaan perancangan yang bersungguh-sungguh ianya telah banyak kali tertangguh. Setelah membuat sedikit research kesimpulan yang kami dapat adalah... untuk menghasilkan short movie tidak perlu terlalu merancang dengan teliti... Apa yang paling penting ialah.... "Go out and SHOOT..!!  ya... SHOOT...!!

Preview di atas mungkin boleh memberi sedikit gambaran terhadap kualiti dan idea yang akan kami hasilkan. Bagaimanapun kami masih belum mempunyai skrip yang bagus untuk meneruskan aksi seterusnya... Lepas raya kot...

Thursday, August 11, 2011

Nusa Promo Pt. 1



Bahagian pertama dari promo kami... Bahagian 2 telah diupload dalam entri sebelum... Ia adalah gabungan dari koleksi kerja-kerja kami sebelum ini dalam pelbagai format. Bermula dari era Mini DV Tape... 35mm film lens adapter... sehinggalah ke HD DSLR...

Sequence telah disusun untuk membentuk satu turutan jalan cerita...